2025-09-05 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 September – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus sehingga tahun depan,selari prospek pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB),pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur berkembang 4.1 peratus pada 2026,disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berterusan dan kitaran pelaburan yang rancak,walaupun berdepan cabaran luaran.
''Inflasi pula dijangka berada pada paras sederhana sekitar 2.0 peratus tahun depan,menggambarkan faktor tolakan kos susulan pelaksanaan pembaharuan fiskal dan struktur,selain langkah pelarasan yang tertangguh.
''Ini merangkumi kenaikan kos buruh ekoran pelarasan gaji minimum,caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) pekerja asing serta pengenalan levi berperingkat mulai 2026,'' jelas firma itu dalam nota penyelidikannya.
Selain itu,rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan secara dua peringkat dijangkan turut memberi kesan kepada harga pengguna.
Mengulas pengekalan OPR dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari(MPC) BNM semalam,Maybank IB menjelaskan ia selaras dengan ramalan sebelum ini.
Kenyataan Dasar Monetari yang memberi isyarat prospek OPR yang stabil,menandakan tiada perubahan pada mesyuarat MPC berikutnya pada 5 dan 6 November 2025.
Tambahnya,perkembangan makroekonomi penting seterusnya ialah pembentangan Belanjawan 2026 yang akan memperincikan unjuran rasmi pertumbuhan ekonomi dan inflasi bagi tahun 2026.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur