2025-09-08 HaiPress

Foto JBPM Sarawak
MIRI,8 September - Seorang wanita cedera selepas tergelincir ketika mendaki Bukit Kasut di Taman Negara Niah petang semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Laurin Ixora Nanang,19 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas operasi yang dilakukan hampir empat jam oleh pasukan bomba dengan bantuan beberapa agensi lain.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Batu Niah Rary Binjie berkata,wanita tersebut merupakan pelajar Institut Kemahiran dan Teknologi Sarawak,i-CATS Miri,di sini.
Terdahulu pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 3.47 petang sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi.
Anggota kemudiannya mendapati wanita berkenaan dalam keadaan separa sedar serta menerima rawatan awal sebelum diusung keluar ke Pekan Niah.
Dia kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada pukul 7.32 malam.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur