2025-09-08 HaiPress

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah
KENINGAU,8 September - Dua kenderaan rosak selepas dihempap sebatang pokok tumbang di kawasan Tamu Ground,di sini,pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu,sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta terjejas akibat insiden berkenaan.
Dalam satu kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan,11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mianus Wahab dikejarkan ke lokasi.
Pasukan bomba kemudian bertindak memotong pokok menggunakan gergaji berantai sebelum mengalihkan ia ke tepi jalan.
Operasi ditamatkan pada pukul 7.55 pagi selepas keadaan disahkan selamat.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur