2025-09-08 HaiPress

KUANTAN,8 September - Istana Pahang menafikan dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok.
Penafian itu dibuat berikutan satu akaun TikTok dikesan menggunakan nama 'Datuk Muhammad Yusuf',didapati giat memperdaya masyarakat dengan memanipulasi wajah Tunku Azizah menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.
“Sehubungan itu,orang ramai diminta agar lebih berhati-hati,bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.
Orang ramai juga dinasihatkan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi atau menerima sebarang mesej yang mencurigakan atas nama Tengku Ampuan Pahang.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur