2025-09-08 HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Makmal Forensik Kenderaan CyberSecurity Malaysia di Menara Cyber Axis hari ini/ Foto BERNAMA
CYBERJAYA,8 SEPTEMBER - Kementerian Digital sedang berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai rangka kerja perundangan khusus bagi menyokong penggunaan kenderaan autonomi,iaitu kenderaan tanpa pemandu yang dijangka menjadi sebahagian daripada masa depan sektor automotif negara.
Menterinya,Gobind Singh Deo berkata ia bagi melihat undang-undang yang sesuai untuk dibangunkan bagi memastikan penggunaan kenderaan yang selamat.
"Jadi,kita perlu berbincang dengan Kementerian Pengangkutan,dan saya telah pun memulakan perbincangan tersebut. Perbincangan ini berkaitan dengan apa yang kita sebut sebagai 'autonomous vehicle network' (rangkaian kenderaan autonomi).
"Jika kita lihat ke hadapan,di beberapa negara lain,sudah ada kenderaan yang boleh bergerak tanpa pemandu.
"Kalau kita ingin menggunakan kereta tanpa pemandu,kita perlu memastikan bahawa piawaian yang berkaitan,termasuk aspek-aspek keselamatan,diteliti dan diperhalusi. Kita juga perlu mempunyai kerangka perundangan yang memberi penekanan kepada aspek-aspek tersebut," katanya selepas melancarkan Makmal Forensik Kenderaan pertama di Malaysia,di sini hari ini.
Tambah Gobind,data kenderaan,termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam),merupakan komponen penting dalam perancangan tersebut.
Pada September lepas,Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,memaklumkan kementeriannya sedang meneliti rangka kerja untuk meminda undang-undang bagi mengawal selia pengoperasian kenderaan autonomi di jalan raya.
Dalam perkembangan yang sama,CyberSecurity Malaysia (CSM),agensi di bawah Kementerian Digital,hari ini melancarkan Makmal Forensik Kenderaan yang pertama di Malaysia.
Selain menyiasat kemalangan jalan raya,makmal ini turut dijangka menyokong siasatan jenayah oleh pihak berkuasa,termasuk kes penyeludupan,pemerdagangan manusia,dan jenayah rentas sempadan yang melibatkan penggunaan kenderaan.
"Pertama,kita dapat menyelesaikan masalah tersebut dari sudut siasatan. Kedua,kita juga dapat mengenal pasti punca sebenar yang telah membawa kepada insiden itu. Dengan itu,langkah-langkah boleh diambil bagi memastikan segala kelemahan yang wujud dan menjadi punca kepada kemalangan atau insiden berkenaan dapat diperbaiki," katanya.
Gobind turut memaklumkan CSM akan bertindak berdasarkan permintaan rasmi daripada agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan dapatan forensik kenderaan.
Namun,setiap permintaan perlu mematuhi peruntukan undang-undang,khususnya yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur