2025-09-08 HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei (dua,kiri) ketika membuat tinjauan berikutan gerhana bulan di Planetarium Negara hari ini.
LANGKAWI,8 September – Langkawi yang terkenal sebagai pulau pelancongan kini berpotensi mengetengahkan produk baharu iaitu pelancongan astronomi atau 'stargazing'.
Antara lokasi dikenal pasti sesuai untuk aktiviti itu ialah Pulau Tuba,Gunung Raya dan Tanjung Rhu.
Menurut Pengurus Pusat Informasi Tourism Malaysia Langkawi,Alwi Shakir Abdullah,beberapa agensi pelancongan telah mula menawarkan pakej khusus yang menggabungkan aktiviti melihat bintang,planet,serta fenomena astronomi seperti gerhana matahari dan bulan.
“Di Langkawi sendiri kita telah mengenal pasti beberapa lokasi yang bersesuaian untuk aktiviti stargazing,antaranya di Pulau Tuba,Gunung Raya dan Tanjung Rhu.
Aktiviti-aktiviti tersebut boleh dilakukan tanpa peralatan yang khusus," katanya ketika ditemui pada program Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Dataran Menara Maha,semalam.
Pelancongan astronomi atau astrotourism merupakan pelancongan berasaskan minat terhadap aktiviti langit seperti pemerhatian bintang dan astrofotografi,sekali gus dikategorikan sebagai pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur