2025-09-08 HaiPress

KUALA LUMPUR,8 September - Jumlah graduan warganegara Malaysia yang bekerja dalam bidang,mencatatkan peningkatan 62.5 peratus kepada 134,029 orang tahun lepas,berbanding 4.6 peratus sejak dari tahun 2021.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata,statistik itu menunjukkan terdapat penurunan daripada segi graduan yang bekerja di luar bidang.
Beliau berkata,graduan yang bekerja dalam kategori mahir pada tahun 2024 adalah sebanyak 110,162 orang atau 66.2 peratus,peningkatan 4.1 peratus dari tahun 2021.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong berhubung laporan terdapat lebih 2 juta lepasan graduan bekerja di luar bidang atau dalam pekerjaan tidak setaraf dengan pendidikan sedangkan masih ramai pelajar ditawarkan bidang pengajian yang memerlukan kajian semula berkaitan permintaan dalam pasaran kerja semasa.
Bagi mengatasi isu tersebut,Mustapha berkata,Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyambut baik sasaran keberhasilan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) 2026-2030 yang telah ditetapkan untuk mencapai 70.1 peratus kadar graduan bekerja setara dengan kelayakan pendidikan.#
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur