2025-09-08 HaiPress

Timbalan Menteri KKR,Datuk Seri Ahmad Maslan
SEGAMAT,8 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesyorkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk memasukkan daerah Segamat ke dalam Peta Bencana berikutan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku baru-baru ini.
Timbalan Menteri KKR,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,langkah itu penting bagi memastikan bangunan dan struktur di kawasan berisiko dibina mengikut spesifikasi yang tepat.
KKR juga mencadangkan pemasangan seismometer di lokasi gempa bumi di Segamat serta Batu Pahat bagi membolehkan amaran awal disampaikan kepada orang ramai.
“Mana-mana kawasan yang ada peta bencana,kita telah menasihatkan dan mengarahkan bangunan itu dibina dengan struktur tiang lebih besar,dengan saiz keluli yang lebih kukuh supaya mampu menahan gegaran,” katanya pada sidang media selepas menerima taklimat bencana gempa bumi di daerah itu,hari ini.
Selain itu,kerja-kerja pembaikan terhadap 15 bangunan kerajaan yang mengalami kerosakan kecil ketika gempa bumi di Segamat akan dilaksanakan melalui peruntukan kementerian terlibat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur