2025-09-08 HaiPress

Timbalan Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA),Mohd Amirul Akhbar ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
KUALA LUMPUR,8 September - Isu had umur persaraan perlu dibincangkan secara menyeluruh terutama melibatkan perubahan struktur tenaga kerja dan keadaan semasa negara.
Timbalan Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA),Mohd Amirul Akhbar berkata keputusan sama ada had umur persaraan dikekalkan,diturunkan atau dinaikkan tidak boleh dibuat secara umum kerana setiap bidang mempunyai tuntutan berbeza.
“Kerja yang memerlukan tenaga fizikal sesuai untuk golongan muda. Tetapi bagi bidang berasaskan ilmu dan pemikiran seperti akademik atau perundangan,umur tidak menjadi masalah selagi kesihatan masih baik,” katanya ketika ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.
Menurutnya,dua faktor utama yang menentukan tahap produktiviti pekerja ialah daya saing dan kesihatan,bukan umur semata-mata.
Mengulas kebimbangan bahawa had umur persaraan akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat golongan muda,beliau menegaskan perkara itu tidak memberi kesan kerana bidang pekerjaan mempunyai kategori tersendiri.
“Pekerjaan yang memerlukan gerak kerja fizikal tidak akan dimasuki pekerja berusia,manakala bidang profesional tertentu masih boleh diteruskan oleh mereka yang lebih berumur,” katanya.
Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada 2048 dengan penduduk berusia 65 tahun ke atas terus meningkat. Pada 2021,golongan itu merangkumi 7 peratus daripada populasi,meningkat kepada 14 peratus pada 2025 dan dijangka terus bertambah menjelang 2030.
Sehubungan itu,beliau berkata,isu umur persaraan perlu diteliti semula dengan lebih serius oleh kerajaan bersama kesatuan pekerja dan pakar penyelidikan bagi memastikan dasar yang digubal seimbang untuk semua pihak.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur