2025-09-08 HaiPress

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia,Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin
KUALA LUMPUR,8 September - Malaysia terus memperkukuh agenda peralihan tenaga dengan menekankan peranan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan jangka panjang dalam mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia,Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin berkata,program Nuclear Leaders for Energy Transition (NLET) 2025 membuka ruang melahirkan kepimpinan baharu dalam bidang tenaga,selain memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa.
"Dengan adanya program seperti ini,kita harap pemimpin dalam sektor tenaga dapat memainkan peranan bukan saja di negara masing-masing,malah di rantau ini.
"Pada masa hadapan,penglibatan semua negara serantau akan menyumbang kepada agenda peralihan tenaga," katanya selepas majlis perasmian NLET 2025 di sini,hari ini.
Turut hadir,Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi),Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi.
Program anjuran Agensi Nuklear Malaysia di bawah MOSTI itu disertai 25 peserta dari 17 negara menerusi kerangka Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP),iaitu inisiatif Kementerian Luar Negeri Malaysia.
"Kerjasama ini sebenarnya sudah lama bermula,cuma melalui program,kali ini kita fokus kepada aspek peralihan tenaga yang semakin penting di peringkat Asia,Pasifik dan dunia," jelasnya.
Sepanjang tujuh hari penganjuran,peserta akan mengikuti syarahan pakar,sesi perbincangan serta projek integrasi dasar,di samping melawat reaktor penyelidikan nuklear negara,loji tenaga solar,loji janakuasa arang batu dan gas asli,serta fasiliti pengurusan sisa radioaktif.
Pendedahan menyeluruh itu dijangka memberi pengalaman praktikal dan perspektif global kepada peserta dalam pembangunan tenaga nuklear.
MOSTI turut menegaskan bahawa tenaga nuklear kekal sebagai salah satu pilihan jangka panjang dalam National Energy Transition Roadmap (NETR),selain pembangunan ekonomi hidrogen melalui Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR).
NLET dijangka bukan sahaja memperkukuh kapasiti modal insan dalam bidang tenaga,malah memberi impak kepada jaringan kerjasama serantau dalam usaha mencapai sasaran negara neutral karbon menjelang 2050.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur