2025-09-08 HaiPress

Foto hiasan/Arkib BERNAMA.
KUALA LUMPUR,6 September - Keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif untuk komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Penganalisis Korporat dan Perniagaan,Mohamad Faisal Abdul Malik berkata langkah itu membantu PKS mengawal kos operasi serta mengekalkan kestabilan aliran tunai,sekali gus memberi ruang untuk merancang kewangan dengan lebih teratur.
“Dengan OPR kekal pada paras ini,kos pinjaman dan ansuran bulanan tidak meningkat,malah PKS dapat memastikan modal kerja mencukupi serta mengurangkan risiko tekanan kecairan,” katanya.
Beliau menambah,kadar yang stabil juga membuka peluang kepada PKS untuk menyusun semula strategi perniagaan dengan tiga fokus utama iaitu mengukuhkan modal kerja,mengurus hutang termasuk mempertimbangkan pembiayaan semula,serta melabur dalam pengembangan dan automasi operasi.
“Manfaat kadar pembiayaan yang stabil ini membolehkan PKS menambah kapasiti mesin,meningkatkan kecekapan teknologi digital,mengekalkan tenaga kerja serta meneroka pasaran baharu dengan risiko lebih terkawal,” jelasnya.
Keputusan pengekalan OPR yang dibuat secara berhati-hati itu memberi keyakinan kepada pasaran dan membuka ruang kepada PKS untuk berkembang secara mampan dalam ekosistem perniagaan yang semakin mencabar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur