2025-09-08 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 September - Pasaran getah Malaysia dijangka stabil dengan momentum yang cenderung menaik pada minggu depan.
Pakar industri Denis Low mengaitkan sentimen yang memberangsangkan ini kepada kejayaan sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai yang baru berakhir di Busin,China.
Kumpulan pemimpin yang bertemu di SCO ini terdiri daripada mereka yang cenderung kepada perniagaan,ia banyak merangsang usaha dagang dan niaga,yang dijangka mampu memberikan impak yang baik untuk kebanyakan komoditi termasuk getah.
“Kelihatan wujud suasana untuk kerjasama yang lebih meluas,” kata Low kepada Bernama.
Namun,mata wang dan harga minyak yang tidak menentu akan memberi kesan yang signifikan terhadap harga getah.
“Unjuran ekonomi global masih lemah,ini bermakna urus niaga komoditi seperti getah akan dibuat melalui pendekatan yang lebih berhati-hati,” katanya.
Dari Jumaat ke Jumaat,(29 Ogos hingga 4 Sept),harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 meningkat sebanyak lapan sen kepada 751.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal menokok 5.5 sen kepada 575.0 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada Jumaat (5 Sept) sempena cuti umum Mauliden Rasul dan akan dibuka pada Isnin depan.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur