2025-09-08 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 September - Bursa Malaysia dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menaik sedikit pada minggu depan ketika para pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tuju pasaran.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng menjangkakan indeks petunjuk pasaran itu mengekalkan trend tidak berubahnya dengan kecenderungan menaik sederhana sehingga pemacu baharu muncul.
"Kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam jajaran 1,570–1,600 mata pada minggu depan,menunjukkan tahap sokongan dan rintangannya," katanya kepada Bernama.
Thong berkata indeks petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,570 dan 1,580 mata pada minggu yang baru berakhir ini berikutan ketiadaan pemangkin baharu manakala aliran keluar asing yang berterusan mengehadkan momentum menaik.
Minggu depan,peserta pasaran akan menunggu pengumuman data ekonomi baharu,termasuk indeks pengeluaran perindustrian dan nilai jualan pembuatan Malaysia,manakala di Amerika Syarikat,pengumuman data utama termasuklah indeks harga pengguna,indeks harga pengeluar dan tuntutan pengangguran awal.
Bagi asas mingguan,FBM KLCI meningkat 3.03 mata kepada 1,578.15 pada Khamis daripada 1,575.12 pada Jumaat minggu sebelumnya.
Pasaran ditutup pada Jumaat minggu ini sempena cuti umum Hari Maulidur Rasul.
Indeks FBM Emas naik 12.40 mata kepada 11,715.29,Indeks FBMT 100 meningkat 9.59 mata kepada 11,dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 26.44 mata kepada 11,484.16. Indeks FBM ACE menokok 16.71 mata kepada 4,738.73 manakala Indeks FBM 70 susut 41.53 mata kepada 16,434.71.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 3.42 mata kepada 18,114.44,Indeks Perladangan menokok 9.98 mata kepada 7,604.43,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh 0.77 mata kepada 162.99,dan Indeks Tenaga meningkat 3.40 mata kepada 743.62.
Jumlah dagangan mingguan susut kepada 7.92 bilion unit bernilai RM7.89 bilion daripada 16.30 bilion unit bernilai RM18.65 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama mingguan merosot kepada 4.39 bilion unit bernilai RM7.17 bilion daripada 9.45 bilion unit bernilai RM17.28 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 2.44 bilion unit bernilai RM359.34 juta daripada 4.74 bilion unit bernilai RM642.47 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 1.07 bilion unit bernilai RM362.01 juta,daripada 2.11 bilion unit bernilai RM721.77 juta.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur