2025-09-08 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 September - Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan kerana peniaga menahan diri daripada secara agresif memasukkan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas September.
Hal ini kerana para peniaga mahu menunggu isyarat yang lebih jelas daripada data inflasi akan datang.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas mungkin sukar untuk mencapai paras tertinggi baharu dalam jangka masa terdekat kecuali data pekerjaan AS menunjukkan penurunan atau inflasi lebih rendah daripada jangkaan.
“Jika data itu rendah daripada jangkaan,kemungkinan pemotongan kadar oleh Fed pada September meningkat dan emas berpotensi mencuba semula paras US$3,600 setiap auns troy. Tetapi jika data pekerjaan kukuh,logam berharga ini berisiko turun semula di bawah US$3,500,” katanya kepada Bernama.
Bagi asas mingguan,kontrak bulan semerta September 2025 meningkat kepada US$3,552.50 setiap auns troy berbanding US$3,420.40 sebelum ini.
Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,570.30 setiap auns troy berbanding US$3,449.90 pada Jumaat sebelumnya,kontrak November 2025 naik kepada US$3,587.10 setiap auns troy daripada US$3,466.70,manakala kontrak Disember 2025 menokok kepada US$3,607.50 setiap auns troy berbanding US$3,487.10 sebelum ini.
Kontrak Februari 2026 dan April 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi kepada US$3,487.10 sebelum ini,manakala kontrak Jun 2026 berada pada US$3,607.50 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 422 lot daripada 43 lot minggu lalu,manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 292 kontrak berbanding 33 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$3,556.20 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 3 September,2025.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur