2025-09-08 HaiPress

FOTO FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,7 September – Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya menarik potensi pelaburan berjumlah RM450 juta menerusi Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Belanda pada 5 September lalu.
MITI dalam kenyataannya berkata,pelaburan itu merangkumi sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta jentera,sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur teknologi dari Eropah.
Potensi pelaburan berkenaan dijangka memperkukuh asas pembuatan berteknologi tinggi negara,mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran serta meningkatkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam bidang semikonduktor,tenaga boleh diperbaharui serta aplikasi Industri 4.0.
Sepanjang misi itu,Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Brabant Regional Development Cooperation,East Netherlands Development Agency dan Brainport Industries,iaitu peneraju utama pembangunan semikonduktor Belanda.
Lawatan tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) Industri Semikonduktor antara MITI dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Belanda yang ditandatangani oleh Tengku Zafrul dan rakan sejawatnya,Vincent Karremans.
Tengku Zafrul berkata,misi ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan ekonomi sedia ada,malah mempercepatkan pencapaian sasaran di bawah Strategi Nasional Semikonduktor.
“Pelaburan berpotensi bernilai RM450 juta ini menjadikan kita semakin hampir mencapai sasaran pelaburan RM500 bilion dalam semikonduktor dan E&E menjelang 2030,” katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur