2025-09-08 HaiPress

Ketua Ekonomi & Sosial Kewangan Bank Muamalat Malaysia Berhad,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid - Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR,7 September - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan kestabilan ekonomi negara,selain memberi ruang kepada dasar monetari untuk terus menyokong pertumbuhan.
Ketua Ekonomi & Sosial Kewangan Bank Muamalat Malaysia Berhad,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,kadar semasa OPR berada pada tahap selesa dengan inflasi dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini.
“Ruang dasar monetari masih selesa dan ini bermakna Bank Negara mempunyai keupayaan untuk bertindak mengikut keperluan. Sekiranya perlu,OPR boleh dikurangkan pada masa hadapan. Namun buat masa ini,kadar dijangka kekal memandangkan ekonomi Malaysia masih stabil untuk 2025,bergantung kepada perkembangan ekonomi global,” jelasnya.
Beliau menegaskan,meskipun ekonomi dunia berdepan risiko kelembapan akibat ketidaktentuan perdagangan,kadar faedah global dan faktor geopolitik,prospek ekonomi Malaysia kekal positif,dengan BNM dijangka terus berwaspada serta menyesuaikan dasar monetari berdasarkan keadaan semasa.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur