2025-09-11 HaiPress

ISKANDAR PUTERI,11 September - Dua stesen tambahan "weak motion" akan dibina di Johor,bagi mengesan gegaran awal gempa bumi,melibatkan peruntukan tiga juta ringgit daripada Kerajaan Persekutuan
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,enam stesen seismologi sedia ada dalam negeri juga akan dinaik taraf.
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor pula,akan menjalankan siasatan tanah dan bangunan sedia ada di kawasan gempa,untuk menentukan tahap risiko dengan lebih tepat.
Selain itu,semua pembangunan baharu,perlu mengambil kira piawaian Malaysian National Annex to Eurocode Eight,bagi memastikan struktur bangunan tahan gempa.
“Pemetaan risiko seismik juga akan dikemas kini secara berterusan melalui cerapan pergerakan sesar dengan integrasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI),” katanya.
Tambah Menteri Besar Johor,
"Kerajaan Negeri sedar beban paling berat tetap ditanggung keluarga yang rumahnya terjejas. Atas sebab itu,Kerajaan Negeri,dengan sokongan Kerajaan Persekutuan melalui NADMA,bersetuju menyalurkan bantuan kepada 62 Ketua Isi Rumah yang terlibat dan telah membuat laporan polis,dengan kadar maksimum RM3,000 bagi setiap keluarga."
Beliau berkata penilaian teknikal oleh Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan mengesahkan semua bangunan kerajaan masih selamat digunakan.
Katanya,fasiliti penting seperti Tenaga Nasional Berhad,Petronas,Ranhil SAJ dan Badan Kawalselia Air Johor (Bakaj) turut diperiksa dan kesemua sistem dan kemudahan asas ini berada dalam keadaan baik dan berfungsi seperti biasa.
Beliau berkata demikian semasa pembentangan Mesyuarat Kedua Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-15 di Iskandar Puteri hari ini.
Beberapa siri gempa bumi lemah berlaku di Segamat dan Batu Pahat bermula pada 24 Ogos 2025 dengan magnitud 4.1,disusuli tujuh gegaran susulan antara 27 Ogos hingga 3 Sept dengan magnitud antara 2.5 hingga 3.4.
Bagi jangka pendek,katanya kerajaan negeri menumpukan usaha kepada pengaktifan bilik gerakan bencana 24 jam bersama agensi keselamatan dan teknikal,hebahan kesedaran kepada orang awam,pembangunan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Gempa Bumi serta pelaksanaan Program Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) yang akan diperluas ke sekolah dan komuniti menjelang akhir Oktober ini.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur