2025-09-11 HaiPress

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap sebelum menyempurnakan Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 September- Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,dasar itu menjadi kerangka strategik penting bagi memperkukuh industri pertahanan negara berasaskan inovasi dan kemajuan teknologi.
Ia sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap sumber luar.
“DIPN bakal memberi hala tuju kepada pertumbuhan industri pertahanan tempatan dengan penekanan kepada peningkatan kandungan domestik serta sasaran mencapai keupayaan berdikari dalam sektor strategik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan,di sini,hari ini.
Tambah Datuk Seri Mohamed Khaled,perkembangan sains dan teknologi kini menjadi keperluan kritikal dalam sektor pertahanan.
Sehubungan itu,Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) akan diperkasakan sebagai peneraju penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tersebut.
Bagi menyokong peranan STRIDE,kementerian turut menubuhkan Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Pertahanan (MPSTP) bagi memberikan hala tuju strategik kepada pembangunan teknologi pertahanan di peringkat nasional.
“Program Kolaborasi Industri (ICP) juga akan diperkasa dengan tumpuan kepada bidang utama seperti sistem autonomi dan robotik,persenjataan,keupayaan siber elektromagnetik serta sistem aeroangkasa.
Malaysia mesti membangunkan rantaian bekalan yang berdaya tahan,dengan kerjasama erat antara kerajaan,universiti dan syarikat tempatan sebagai teras utama,” ujarnya lagi.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur