2025-09-11 HaiPress
Foto- tangkap layar orang awam
KUALA LUMPUR,9 September - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan keganasan dan hasutan ketika perhimpunan.
Menterinya,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan mengutuk sekerasnya insiden serangan yang mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi,disifatkan sebagai tindakan keji,tidak bertamadun dan sama sekali tidak boleh diterima.
Beliau menegaskan,kebebasan berhimpun secara aman tidak boleh disalahguna,sebaliknya mesti mematuhi undang-undang,adab dan norma masyarakat.
“Malaysia sebuah negara berdaulat yang tertakluk kepada undang-undang. Setiap warga perlu menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan mengelakkan sebarang tindakan bercanggah dengan peraturan negara,” katanya.
Datuk Seri Saifuddin berkata,siasatan telah dijalankan bagi memastikan pelaku dan dalang yang terbabit dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya,keselamatan rakyat serta integriti pasukan keselamatan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi.
Beliau menambah,kerajaan sentiasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman selagi ia berlangsung mengikut lunas undang-undang.
Namun ia mesti disertakan dengan tanggungjawab dan tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan politik atau penyebaran maklumat palsu sehingga mencetuskan kekecohan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur