2025-09-11 HaiPress

Mahkamah Tinggi benarkan injunksi larangan MCMC terhadap dua saluran Telegram / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,11 September – Mahkamah Tinggi di sini hari ini meluluskan permohonan injunksi larangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Telegram Messenger Inc berhubung dua saluran yang didakwa menyebarkan kandungan menyalahi undang-undang,iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas.
Menurut peguam mewakili MCMC,S. N. Nair,keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahazan Mat Taib selepas meneliti permohonan suruhanjaya bagi menghentikan operasi kedua-dua saluran tersebut yang didakwa menyebarkan kandungan memudaratkan serta bertentangan dengan undang-undang.
"Mahkamah telah membenarkan permohonan untuk 33 artikel yang dipertikaikan dikeluarkan daripada dua saluran tersebut. Ini merupakan salah satu tuntutan utama dalam permohonan kami," katanya kepada pemberita selepas prosiding.
Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua saluran Telegram terbabit ditutup dan dihentikan sementara sehingga kes selesai dibicarakan.
Tambah S. N. Nair,MCMC turut memohon injunksi mandatori,namun permohonan itu tidak dibenarkan oleh mahkamah.
"Mahkamah berpandangan bahawa permohonan injunksi mandatori tidak wajar kerana isu yang dibangkitkan tidak melibatkan penapisan kandungan secara langsung," jelasnya.
Prosiding tersebut dijalankan secara tertutup,dan mahkamah menetapkan 24 September ini sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur