2025-09-11 HaiPress

Datuk Fadil Marsus
KUALA LUMPUR,11 September – Operasi pengosongan terhadap 26 hak milik individu melibatkan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru dijalankan hari ini mengikut perintah mahkamah.
Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Fadil Marsus berkata,operasi tersebut dilaksanakan selepas melalui beberapa proses perundangan yang ditetapkan sebelum perintah pengosongan dikeluarkan.
Beliau berkata terdapat segelintir penduduk yang masih membantah dan tidak bersedia berpindah,namun menegaskan proses pengosongan perlu dilaksanakan hari ini seperti yang telah ditetapkan.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) bersama agensi penguat kuasa lain yang bertindak sebagai pasukan utama akan memastikan operasi ini berjalan lancar dan mematuhi undang-undang.
"Bantuan logistik serta tenaga kerja turut disediakan bagi membantu penduduk mengosongkan rumah masing-masing secara sukarela.
"Kita cuba mempermudah segala urusan dan mengutamakan kebajikan penduduk,termasuk membantu mereka yang uzur atau menghadapi kesukaran berpindah. Bagaimanapun,operasi ini tetap akan diteruskan sehingga selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi operasi berkenaan.
Sehubungan itu,beliau menyeru semua pihak memberi kerjasama bagi melancarkan operasi berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru
PM kecam serangan terhadap Ketua Polis Dang Wangi
KDN tidak kompromi tindakan keganasan dalam perhimpunan
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur