2025-09-11 HaiPress

Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
KUALA LUMPUR,11 September -Polis menahan tiga individu susulan insiden yang berlaku semasa operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru,pagi tadi.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,tindakan yang diambil pihak polis adalah berdasarkan perintah mahkamah serta mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Menurut beliau,situasi keselamatan di kawasan berkenaan kini berada dalam keadaan terkawal dan tiada ancaman terhadap ketenteraman awam dilaporkan.
"Mungkin ada pihak yang tidak puas hati,namun tindakan kita berasaskan undang-undang. Pampasan telah dibayar dan keselamatan di Kampung Baru serta Kuala Lumpur secara keseluruhannya adalah terkawal. Pengawasan sentiasa ditingkatkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penutup Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) Edisi ke-6 2025,di sini.
Beliau turut memaklumkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Dalam perkembangan lain,beliau turut memaklumkan mengenai perkembangan kes ancaman fasiliti gas asli cecair (LNG).
Menurut Datuk Seri Khalid,keterangan mangsa sudah diambil dan siasatan awal mendapati nombor telefon penghantar mesej ancaman itu berasal dari negara jiran dan sedang menunggu maklumat daripada Polis Republik Indonesia (Polri) berkaitan pemilik nombor telefon.
"Siasatan masih diteruskan. Kita perlukan kerjasama pihak luar dan ini mungkin mengambil sedikit masa. PDRM juga berhubung rapat dengan agensi keselamatan negara-negara jiran," katanya.
Ketika diminta mengulas kesiapsiagaan PDRM menghadapi cabaran jenayah masa kini,beliau menegaskan pasukan itu akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi dalam dan luar negara selain memperluas penggunaan teknologi forensik terkini.
Gabungan kepakaran,pengalaman dan sains forensik diyakini dapat memperkemas siasatan,khususnya dalam usaha membuktikan kes di mahkamah.
"Teknologi sentiasa berubah dan sangat dinamik. Kefahaman hakim,pakar serta agensi berkaitan amat penting agar siasatan kita selari dengan perkembangan jenayah dan perundangan. Penerapan nilai IT dan sains forensik perlu digabungkan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan," jelasnya.
Program latihan forensik dan teknologi,jelas beliau,telah dilaksanakan sejak 2019 dan ditambah baik setiap tahun seiring perubahan undang-undang serta perkembangan jenayah semasa.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur