2025-09-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,8 September- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila dolar AS melemah susulan laporan pasaran buruh AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas tidak memberangsangkan.
Pada 6.00 petang,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2165/2205 daripada 4.2260/2320 ketika ditutup pada Khamis.
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti Maulidur Rasul.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan pembayaran gaji bukan ladang (NFP) AS bagi Ogos yang lebih rendah daripada jangkaan telah mengukuhkan lagi kemungkinan pengurangan kadar faedah apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) bermesyuarat semula minggu hadapan.
"Buat masa ini,kalangan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) berada dalam tempoh ‘berdiam’ kerana mereka tidak dibenarkan berkongsi pandangan secara umum seminggu sebelum mesyuarat FOMC.
"Oleh itu,para pelabur hanya mempunyai beberapa data untuk diteliti,iaitu Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dan Indeks Harga Pengguna (IHP)," katanya kepada Bernama.
Pada akhir dagangan,ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.9430/9477 daripada 4.9203/9273 ketika ditutup pada Khamis,dan rendah berbanding yen kepada 2.8536/8565 daripada 2.8489/8531.
Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 5.6956/7011 daripada 5.6793/6874.
Mata wang domestik juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2831/2865 daripada 3.2775/2824 ketika ditutup pada Khamis lepas dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.2299/2491 daripada 13.0666/0908.
Unit domestik juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 258.5/258.8 daripada 257.3/257.7 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.44 daripada 7.40/7.42. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur