2025-09-11 HaiPress

Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF),Profesor Dr Baharom Abdul Hamid/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,9 September - Pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Kredit Pengguna dan RUU Pekerja Gig disifatkan langkah tepat kerajaan dalam usaha melindungi kebajikan rakyat.
Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF),Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata RUU Kredit Pengguna diperlukan ekoran trend penggunaan kredit dan hutang isi rumah yang semakin meningkat tanpa kawal selia.
Ketiadaan undang-undang khusus menyebabkan sebahagian peminjam terdedah kepada kadar faedah tidak munasabah,termasuk skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) .
“RUU ini akan berperanan mendisiplinkan pengguna supaya berbelanja secara berhemah,selain memastikan mereka dikenakan kadar yang wajar dan tidak membebankan,” kata beliau ketika ditemui di Wisma Berita,Angkasapuri Kota Media,di sini.
Berhubung RUU Pekerja Gig,tegasnya ia amat kritikal memandangkan golongan itu masih belum diiktiraf dalam undang-undang buruh,sekali gus tercicir daripada mendapat faedah asas seperti gaji minimum,elaun dan perlindungan sosial.
“Ramai pekerja gig terpaksa bekerja sehingga 8 hingga 10 jam hanya untuk cukup makan kerana tiada undang-undang yang mengawal selia. Dengan RUU ini,mereka akan mendapat bayaran minimum yang dijamin serta perlindungan seperti PERKESO,'' jelasnya.
RUU Pekerja Gig 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Ogos lepas,dijadual akan dibentangkan di Dewan Negara pada sesi ini sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur