2025-09-11 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,10 September - Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),didorong oleh laporan data pekerjaan negara maju itu yang lemah dan berpotensi menyaksikan penurunan kadar faedah utamanya.
Pada 8 pagi ini,ringgit di paras 4.2005/2170 berbanding dolar AS daripada 4.2025/2080,semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata semakan awal terhadap data pekerjaan utama bagi tempoh April 2024 hingga Mac 2025 oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan berlakunya terlebih jangkaan dalam penciptaan pekerjaan dengan kekurangan sehingga 911,000 pekerjaan dalam tempoh berkenaan.
“Angka ini hanya mengukuhkan lagi keyakinan pasaran bahawa pasaran buruh adalah lemah dan Rizab Persekutuan perlu menyambung semula kitaran pemotongan kadar faedah minggu hadapan,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,Mohd Afzanizam berkata pelabur dan peniaga akan terus berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS dijadualkan hari ini bagi menilai asas pasaran dengan lebih mendalam.
Beliau berkata unjuran awal menunjukkan IHPR utama kekal pada paras 3.3 peratus bagi Ogos manakala PPI teras dijangka menyederhana daripada 3.7 peratus kepada 3.5 peratus.
Di peringkat tempatan,Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka terus mengukuh sekitar 4.20 hingga 4.22 berbanding dolar AS.
Selain itu,ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama pada sesi awal.
Ini termasuk mengukuh kepada 2.8497/8611 berbanding yen daripada 2.8711/8751 semalam,meningkat kepada 5.6791/7014 berbanding pound Britain daripada 5.7095/7170 dan naik kepada 4.9154/9347 daripada 4.9451/9516 bagi euro.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit kebanyakannya turut diniagakan meningkat iaitu naik kepada 3.2735/2866 berbanding dolar Singapura daripada 3.2824/2870 semalam manakala bagi baht Thailand,ia mengukuh kepada 13.2174/2794 daripada 13.2688/2925.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 254.8/255.9 daripada 254.9/255.4 dan berbanding peso Filipina,ia kekal stabil pada 7.37/7.40 daripada 7.37/7.39 sebelumnya. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur