2025-09-11 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,10 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM13 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM19.85 bilion.
Hari ini,bank pusat itu akan menjalankan tiga tender repo berbalik merangkumi tender bernilai RM3.3 bilion selama tujuh hari,RM2.3 bilion untuk 30 hari dan RM1 bilion selama 91 hari.
BNM akan turut menawarkan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5 bilion.
Bank pusat itu mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.6 bilion dan RM19.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah.
-- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur