2025-09-11 HaiPress

Malaysia muncul sebagai satu daripada empat pasaran ASEAN paling menarik untuk perniagaan Eropah seiring Vietnam,Indonesia dan Thailand/Foto hiasan
KUALA LUMPUR,10 September - Malaysia muncul sebagai satu daripada empat pasaran ASEAN paling menarik untuk perniagaan Eropah seiring Vietnam,Indonesia dan Thailand,menurut Tinjauan Sentimen Perniagaan Kesatuan Eropah-ASEAN (EU-ASEAN) yang dikeluarkan hari ini.
Edisi ke-11 tinjauan berkenaan oleh Majlis Perniagaan EU-ASEAN (EU-ABC) mendapati ASEAN dianggap menawarkan peluang ekonomi terbaik untuk syarikat Eropah bagi tahun ketiga berturut-turut mengatasi India dan China,walaupun terdapat ketidaktentuan dalam perdagangan global.
Kira-kira 73 peratus responden berkata ASEAN menjadi lebih penting kepada pendapatan global mereka manakala lebih separuh merancang untuk mengembangkan operasi di rantau ini.
Keyakinan perniagaan bagaimanapun dibayangi oleh kebimbangan terhadap kemajuan yang perlahan dalam integrasi ekonomi ASEAN dan penglibatan yang terhad daripada institusi Eropah.
Tinjauan itu juga menunjukkan 71 peratus responden menjangka perdagangan dan pelaburan meningkat di ASEAN dalam tempoh lima tahun akan datang,menurun daripada 86 peratus pada 2024.
Dalam pada itu,58 peratus berkata halangan bukan tarif terhadap perdagangan semakin meningkat,naik daripada 40 peratus tahun lepas.
Pengarah Eksekutif EU-ABC Chris Humphrey berkata ASEAN terus dilihat sebagai rantau yang paling menjanjikan untuk pertumbuhan tetapi perniagaan Eropah berasa kecewa dengan kemajuan yang perlahan dalam integrasi serantau.
“Langkah bukan tarif,peraturan tidak konsisten dan halangan berterusan terus menambah kos dan kerumitan sekali gus mengehadkan manfaat sepenuhnya daripada potensi pasaran ASEAN.
"Jika usaha yang lebih besar tidak dilakukan bagi menangani halangan ini,rantau ini berisiko gagal mencapai aspirasinya untuk berfungsi sebagai sebuah pasaran tunggal yang benar-benar bersepadu,” katanya.
Beliau berkata syarikat Eropah kekal komited untuk mengembangkan operasi di rantau ini,tetapi untuk memanfaatkan sepenuhnya pertumbuhan ASEAN memerlukan kemajuan yang lebih pantas dalam mengurangkan halangan selain memperdalam integrasi.
"Pada masa yang sama,EU mesti meningkatkan penglibatannya untuk kekal kompetitif dengan perjanjian perdagangan bebas antara rantau kini dilihat sebagai keperluan strategik.
“Ketika penjajaran semula perdagangan global berterusan,ASEAN mesti mempercepatkan integrasi dan Eropah mesti mengutamakan penglibatan bagi memastikan tempatnya dalam kisah pertumbuhan rantau ini,” tambahnya. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur