2025-09-11 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,11 September- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 3.5 peratus tahun ke tahun kepada RM162.5 bilion pada Julai 2025.
Peningkatan dipacu subsektor makanan,minuman dan tembakau (8.9%) serta elektrik dan elektronik (6.9%).
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan,subsektor produk mineral bukan logam,logam asas dan produk logam terfabrik turut mencatatkan pertumbuhan 3.8 peratus,berbanding 3.0 peratus pada Jun.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata,secara bulanan nilai jualan naik 0.8 peratus kepada RM162.5 bilion berbanding RM161.2 bilion pada bulan sebelumnya.
Industri berorientasikan eksport,yang menyumbang 71.7 peratus daripada jumlah jualan,berkembang 2.7 peratus.
Sementara itu,industri domestik kekal kukuh dengan pertumbuhan 5.6 peratus,dipacu pemprosesan makanan (12.7%) dan logam asas (7.2%).
Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan meningkat 1.1 peratus kepada 2.4 juta orang,dengan purata gaji dan upah naik 2.3 peratus kepada RM8.31 bilion.
Jualan per pekerja direkodkan pada RM67,833 dengan purata gaji bulanan RM3,469.
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2025,nilai jualan kumulatif pembuatan berjumlah RM1.1 trilion,meningkat 3.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur