2025-09-11 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,Novan Amirudin. Foto fail / BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 September - CIMB Group Holdings Berhad muncul sebagai bank pertama di Malaysia yang menerbitkan Nature and Biodiversity Report,sekali gus menegaskan komitmen kumpulan terhadap pembiayaan mampan dan pengurusan risiko alam sekitar.
Laporan bertajuk Banking on Nature: Advancing Our Nature Journey itu memberi tumpuan kepada empat sektor utama – minyak sawit,perhutanan,tenaga serta minyak dan gas – yang dikenal pasti paling terdedah kepada risiko berkaitan alam semula jadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,Novan Amirudin berkata,bank berkenaan berada pada kedudukan baik untuk memacu pembiayaan mesra biodiversiti yang mampu melindungi mata pencarian,meningkatkan keselamatan makanan dan air,serta mempercepatkan peralihan ASEAN ke arah ekonomi rendah karbon.
Sementara itu,Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan,Luanne Sieh menegaskan bahawa kehilangan biodiversiti kini menjadi risiko kewangan material. Beliau berkata,laporan tersebut membantu pelanggan mengenal pasti pendedahan awal selain membuka peluang baharu.
Antara peluang yang dikenal pasti termasuk pembiayaan guna tanah lestari,pemulihan hutan bakau,pertanian regeneratif,perhutanan mampan dan perlindungan tadahan air,yang berpotensi menjana kredit karbon bernilai tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB),Datuk Abdul Rahman Ahmad menyambut baik laporan itu,yang disifatkan mampu memperkukuh daya tahan pelaburan jangka panjang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur