2025-09-15 HaiPress

MindHack Malaysia 2025 berlangsung di ibu negara hari ini.
KUALA LUMPUR,14 September - Pendedahan awal kepada kemahiran pengaturcaraan sejak usia muda penting bagi melahirkan generasi celik teknologi,sekali gus memperkukuh asas masa depan negara.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Global Scope IT Education (M) Sdn Bhd | CIY.Club,Linggam Rammoo,berkata usaha itu selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menekankan penciptaan nilai,seiring dengan trend global dan keperluan semasa negara.
“Jika mereka berlatih kemahiran ini selama lima hingga enam tahun,bahkan sebelum ke kolej atau universiti,mereka sudah mampu menghasilkan aplikasi,membangunkan laman web,membina kit elektronik,malah mencipta permainan dalam talian sendiri,” katanya kepada pemberita pada MindHack Malaysia 2025,Pertandingan Pengaturcaraan Kebangsaan di sini hari ini.
Tambahnya,latihan ini juga meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis serta pemikiran logik kanak-kanak sejak usia muda.
Pertandingan julung kali diadakan itu bertujuan menginspirasi pelajar muda untuk berinovasi dan mempamerkan kreativiti melalui tema “Warisan Digital: Colours of Malaysia”. Antara hasil karya termasuk animasi cerita rakyat,pemodelan seni bina tradisional dan robotik berinspirasikan tradisi tempatan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur