2025-09-15 HaiPress

Datuk Seri Mohd Mustafa Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,15 September- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mengatur langkah strategik melalui pelbagai program serentak bagi memaksimumkan penyertaan negara pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 21 September di Nanning,China.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE,Datuk Seri Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata,penyertaan kali ini menyasarkan potensi jualan eksport berjumlah RM230 juta,mencerminkan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan China serta rantau ASEAN.
"Malaysia terkenal dengan durian,kopi putih dan sarang burung,yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Namun kekuatan kita jauh melangkaui itu.
"Tahun ini,kita akan menonjolkan penawaran meluas meliputi pendidikan,kesihatan,farmaseutikal,kosmetik,bahan binaan serta sektor bernilai tinggi seperti logistik,penyelesaian pengedaran,teknologi dan kecerdasan buatan," katanya.
Kepelbagaian tersebut mencerminkan kesediaan Malaysia untuk memenuhi permintaan pasaran China dan ASEAN yang kian berkembang,sambil menegaskan matlamat MATRADE untuk menjadikan Malaysia rakan dagang yang berdaya saing serta dipercayai.
Bagi menyokong usaha penembusan pasaran,syarikat Malaysia turut dijadual mengadakan lawatan tapak ke Taman Perindustrian Qinzhou Malaysia-China (CMQIP) dan Bursa Komoditi China-ASEAN (CAMEX) bagi mendapatkan gambaran langsung mengenai ekosistem perniagaan di China serta mengenal pasti peluang jalinan kerjasama jangka panjang.
Delegasi Malaysia ke CAEXPO ke-22 menghimpunkan lebih 70 organisasi,termasuk tiga kementerian,enam agensi kerajaan utama serta pelbagai pempamer industri.
Pavilion Malaysia yang diketuai MATRADE bakal mempamerkan keupayaan bekalan negara secara menyeluruh.
CAEXPO terus menjadi antara platform perdagangan paling penting yang merapatkan ASEAN dan China,dan penyertaan Malaysia pada edisi ke-22 ini dijangka menghasilkan peluang perdagangan serta pelaburan yang signifikan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur