2025-09-16 HaiPress

Ahli Parlimen Tanjung Manis,Ir. Yusuf Abd Wahab (kiri) berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jugah,Muara Payang
SARIKEI,15 September - Pembangunan luar bandar terus diperkasa melalui pelaksanaan pelbagai projek mega di Sarawak termasuk Lebuhraya Pan Borneo,Jalan Pesisir Pantai,Jalan Second Trunk Road serta pembinaan beberapa jambatan utama seperti Jambatan Muara Lassa,Batang Rajang,Batang Paloh dan Batang Igan.
Ahli Parlimen Tanjung Manis,Ir. Yusuf Abd Wahab berkata,usaha tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kemajuan seiring pembangunan negara.
Menurutnya,peruntukan besar Bajet 2025 yang berjumlah RM15.8 bilion turut memperkukuh agenda pembangunan negeri,merangkumi RM10.9 bilion atau 62 peratus bagi pembangunan luar bandar dan RM4.9 bilion untuk perbelanjaan operasi.
Selain projek infrastruktur,kerajaan juga menitikberatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif termasuk Skim Khidmat Am Sarawak (SKAS) bernilai RM450 juta,Sumbangan Tunai Rahmah (STR),Sumbangan Asas Rahmah (SARA),Bantuan Kewangan Khas (BKK) kepada pelajar IPT,diskaun bayaran balik PTPTN,bantuan kesihatan warga emas,insentif untuk ibu bersalin B40,bantuan deposit rumah pertama serta kemudahan Kad Kenyalang.
“Segala inisiatif ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk terus membangunkan Sarawak,khususnya di luar bandar,” katanya pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jugah,Muara Payang.
Pada majlis itu,beliau turut mengumumkan sumbangan 16 unit kipas dinding untuk Rumah Panjang Jugah serta projek menaik taraf jeti Rumah Panjang Muli Nyantau di Muara Payang berjumlah RM150,000.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur