2025-09-16 HaiPress

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr. Amer Fawwaz Mohamad Yasid ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,Kuala lumpur/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,15 September - Penglibatan Malaysia di Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bukan sekadar memperkukuh suara ASEAN.
Ia juga turut membuktikan ketegasan rantau Asia menentang tindakan Israel yang menceroboh kedaulatan Qatar dan mengheret Palestin ke kancah konflik berpanjangan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,Dr. Amer Fawwaz Mohamad Yasid berkata isu di Gaza dan serangan udara Israel di Doha perlu diketengahkan bukan hanya atas dasar agama,sebaliknya sebagai isu kemanusiaan sejagat yang menuntut tindakan segera.
"Dengan adanya wakil dari Asia Barat,negara ASEAN juga bersuara,bukan hanya negara Arab,jadi kita menunjukkan solidariti Palestin ini bukan semata-mata isu agama Islam,kita negara Islam,kita sokong negara Islam,akan tetapi isu kemanusiaan yang terang-terangan,sepatutnya perlu dihentikan oleh Israel berlandaskan kepada undang-undang antarabangsa," kata beliau ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini hari ini.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi menegaskan pendirian Malaysia bahawa keamanan serantau dan global terancam sekiranya Israel terus mencabul undang-undang antarabangsa,Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan negara.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur