2025-09-16 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dalam sidang media di Doha
DOHA,15 September – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan segera bagi membantu rakyat yang terjejas akibat banjir di Sabah.
Tegasnya,usaha tersebut perlu dilaksanakan dengan kerjasama penuh semua pihak,khususnya agensi persekutuan,kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan,agar dapat diselesaikan secara menyeluruh serta berkesan.
Tambahnya,peruntukan yang disalurkan perlu dibelanjakan segera bagi mempercepatkan proses pemulihan sekali gus meringankan beban penduduk terjejas.
“Selain daripada RM11 juta yang telah disalurkan kepada kerajaan negeri untuk pemulihan segera,pagi tadi saya telah meluluskan tambahan RM10 juta.
"Dana ini akan disalurkan terus kepada mangsa,termasuk waris keluarga yang terkorban serta penduduk yang mengalami kerosakan rumah dan harta benda.
“Beberapa tindakan awal juga perlu disegerakan,khususnya membabitkan pemulihan kemudahan awam seperti jalan raya sekolah dan klinik kesihatan,” katanya dalam satu sidang media di sini,hari ini.
Tambah Perdana Menteri,kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan bencana tersebut.
“Saya telah mengikuti rapat laporan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan kerajaan negeri,malah pagi tadi Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi memantau rapat.
"Tentunya kita menzahirkan rasa sedih dan prihatin atas apa yang menimpa,khususnya lima mangsa yang terkorban serta keluarga lain yang terkesan akibat kemusnahan rumah dan harta benda.
"Justeru,kita mendoakan agar ia dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur