2025-09-16 HaiPress

Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Jauteh Dikun/ BERNAMA
PENAMPANG,15 September - Setiap Ketua Polis Daerah di negeri Sabah akan terus mengambil tindakan,selepas menerima aduan atau laporan berhubung kejadian bencana alam yang sedang dialami negeri berkenaan.
Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Jauteh Dikun berkata,Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.
“Untuk persiapan PDRM,kita siap siaga 24 jam,setiap bilik gerakan telah diminta untuk bersiap siaga,apa juga maklumat dan OCPD-OCPD akan mengambil tindakan serta-merta yang mampu dibuat oleh PDRM untuk menjamin keselamatan",katanya kepada pemberita RTM,di Kampung Sarapung,Penampang.
Beliau turut menyeru orang ramai agar mematuhi setiap arahan yang diberikan,terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko seperti lereng bukit.
“Keselamatan orang ramai dan juga kita minta supaya orang ramai. Apabila pihak PDRM memberikan arahan ataupun nasihat berkaitan dengan keadaan semasa orang ramai hendaklah mematuhi arahan-arahan yang diberikan,” katanya.
Datuk Jauteh juga meminta penduduk yang tinggal berhampiran lereng bukit untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat,bagi mengelak perkara yang tidak diingini berulang seperti kehilangan nyawa dalam insiden tanah runtuh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur