2025-09-16 HaiPress

Seramai 1,648 orang daripada 417 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di Sabah/ Foto RTM
KOTA KINABALU,15 September - Jumlah penduduk terjejas bencana banjir di Sabah terus meningkat.
Setakat pukul 8 malam tadi,seramai 1,648 orang daripada 417 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.
Penampang merekodkan jumlah tertinggi seramai 744 orang daripada 181 keluarga,diikuti Putatan 393 keluarga,Beaufort 231 keluarga,Membakut 202 keluarga dan Papar 78 keluarga.
Bagi Penampang sahaja,tujuh PPS baharu dibuka semalam,antaranya Kompleks Sukan Penampang,Dewan Ramayah,Dewan Inobong,Dewan Raya Bukitas dan Kampung Sarapung.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan banjir kali ini menjejaskan sebanyak 46 buah kampung.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur