2025-09-16 HaiPress

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
KEPALA BATAS,15 September -Seramai 250 penduduk Kampung Permatang Bertam hadir memeriahkan Program Wayang Pacak anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena sambutan Hari Malaysia,malam ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan penganjuran aktiviti tersebut bukan sahaja memberi hiburan,malah berperanan mendekatkan masyarakat dengan karya seni tempatan.
"Kita harap dapat bukan sekadar memberi kegembiraan kepada mereka yang menonton,tapi harapan saya mendekatkan lagi anak-anak dengan filem-filem tempatan.
"Ini bagi saya sangat penting,terutama bagi komuniti seperti ini,kawasan-kawasan kampung. Kita sekarang lihat ramai anak-anak muda,mereka mungkin lebih ralit tengok peranti,tengok telefon.
"Tapi kalau duduk tengok wayang pacak,ia adalah aktiviti kemasyarakatan yang kita harap ada limpahan positif dari segi sosial",katanyakepada media semasa hadir dalam Program Wayang Pacak@ FINAS di Permatang Bertam,Kepala Batas.
Tambahnya,usaha seperti itu juga mampu menggalakkan interaksi sosial yang positif,terutama dalam kalangan generasi muda yang kini lebih banyak meluangkan masa dengan gajet dan telefon pintar.
Datuk Fahmi berharap penganjuran program berkenaan dapat diteruskan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia yang diraikan di seluruh negara.
Hadir sama ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican,Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.
Sementara itu,bagi menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia ke-34,(FFM34),FINAS menganjurkan siri JelajahPromosi & Publisiti FFM34 di seluruh negara.
FFM merupakan anugerah berprestij negara yang mengiktiraf kecemerlangan industri perfileman tanah air.
Sempena sambutan Hari Malaysia 2025,siri jelajah diteruskan ke Pulau Pinang selaras dengan Lawatan Kerja Menteri Komunikasi bersamapengurusan tertinggi kementerian.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur