2025-09-16 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,15 September – Usaha kesiapsiagaan bencana banjir dan tanah runtuh di Sabah dipergiat agensi-agensi kerajaan dengan tumpuan kepada perlindungan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),Datuk Abdul Halim Hamzah dalam satu kenyataan memaklumkan pelbagai usaha sedang dilaksanakan dan diselaras di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi memastikan tindakan lebih bersepadu serta teratur.
Antara langkah yang diambil termasuk mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan menyediakan kemudahan asas dan menyalurkan keperluan harian bagi memastikan keselesaan khususnya kepada golongan rentan.
"Selain itu,operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut digerakkan agensi tindak balas dengan memberi tumpuan kepada usaha mengesan mangsa tertimbus akibat tanah runtuh serta menyelamatkan mangsa banjir.
"Kerja baik pulih infrastruktur di Jalan Penampang–Tambunan juga giat dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dengan kerjasama syarikat konsesi." Katanya.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah juga aktif melaksanakan kerja-kerja mitigasi bagi mengurangkan risiko limpahan air.
"Bagi aspek utiliti,Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) diarahkan menyambung semula bekalan elektrik yang terjejas,manakala Jabatan Air Sabah bersama kontraktor melaksanakan langkah segera untuk memulihkan bekalan air bersih kepada penduduk."
Dalam pada itu,beliau memaklumkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan terus memantau situasi cuaca secara 24 jam dan menyalurkan amaran bencana kepada agensi tindak balas serta pegawai daerah dari semasa ke semasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur