2025-09-16 HaiPress

FOTO RTM
SEOUL,16 September - Korea terus membuktikan keupayaannya sebagai peneraju ekonomi digital dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai pemacu utama pertumbuhan sektor teknologi.
Ketua Pengarah Pusat Penilaian Pematuhan Komunikasi,Agensi Penyelidikan Radio Kebangsaan,Kementerian Sains dan ICT Korea,Chang Yong Son,berkata kejayaan negara itu dalam bidang ICT didorong dasar strategik,pembangunan modal insan,serta kerjasama rapat dengan sektor swasta dan rakan antarabangsa.
Beliau menegaskan,pembangunan digital membuka ruang besar untuk diterokai,khususnya dalam teknologi AI yang kini berkembang pesat.
“Pembangunan digital membuka peluang besar,dan saya menggesa syarikat pemula serta korporat merangka strategi untuk meneroka potensi kecerdasan buatan,” katanya selepas sesi taklimat kepada media Antarabangsa sempena Perhimpunan Global Perlindungan Data,GPA 2025 di Seoul,Korea.
Beliau turut menekankan bahawa tiada syarikat mampu bersaing sendirian di pasaran global,justeru kolaborasi antarabangsa menjadi kunci utama untuk menghadapi cabaran era digital.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur