2025-09-16 HaiPress

Foto RTM
IPOH,16 September - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat kepada 397 orang daripada 91 keluarga,berbanding 194 orangpada Ahad.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,dua lagi pusat pemindahan sementara dibuka menjadikan empat pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi di daerah Muallim.
PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7 merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 158 penduduk daripada 40 keluarga,manakala 60 penduduk daripada 16 keluarga di Dewan Serbaguna Kampung Pauh.
Sementara itu,di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir,124 penduduk daripada 22 keluarga dipindahkan,manakala 55 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS Kampung Orang Asli Sungai Lembing Behrang Stesen.
Dalam pada itu,bacaan paras air di Stesen Sungai Slim River terus meningkat selepas mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 27.50 meter.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur