2025-09-16 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
DOHA,15 September - Menghalang Global Sumud Flotilla tiba di Gaza adalah satu pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan sejagat.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kapal yang kini berlayar menuju ke Gaza membawa 'janji' bantuan kemanusiaan diperlukan mereka yang terkepung di tanah air sendiri.
"Kita perlu menggunakan segala kudrat kita untuk memastikan misi sampai ke destinasi,"
"Membiarkan kapal berlayar berpatah balik dengan keganasan mengkhianati tuntutan nurani kita untuk mempertahankan yang lemah,memberi perlindungan kepada yang tertindas,serta menyediakan makanan kepada yang lapar," ucap Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di sini.
Tegasnya,kecaman dan pengisytiharan semata-mata tidak akan membebaskan Palestin,sebaliknya tindakan lebih tegas perlu digerakkan.
"Hentikan hubungan diplomatik dan tamatkan hubungan perdagangan dengan negara haram itu," katanya.
Global Sumud Flotilla bermula bulan lalu dengan sejumlah kapal berlepas dari Barcelona,Sepanyol,dan Genoa,Itali,sebelum berhimpun dengan peserta Afrika Utara di Tunisia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur