2025-09-18 HaiPress

Datuk Seri Aminuddin Harun berucap pada majlis pelancaran publisiti ekopelancongan di Seremban.
SEREMBAN,18 September - Semua aktiviti pendakian di Gunung Besar Hantu dan Trans Naning wajib menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan bermula 1 Oktober depan.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun,berkata setakat ini seramai 77 Malim Gunung Perhutanan telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Jelasnya,langkah itu membantu pengurusan trek pendakian selain menjadikan Malim Gunung sebagai mata dan telinga dalam memastikan kawasan ekopelancongan sentiasa terpelihara.
“Dalam merancakkan lagi aktiviti ekopelancongan,Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah membuka semula jalur pendakian Trans Naning kepada orang awam pada 16 Ogos 2025 dan Taman Eko Rimba Jeram Toi pada 29 Ogos 2025. Pembukaan semula kedua-dua kawasan ini setelah ia ditutup bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti dalam meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung,” katanya.
Datuk Seri Aminuddin berucap demikian pada program Malam Ekspresi Alam: Peluncuran Publisiti Ekopelancongan Hutan Negeri Sembilan di Seremban.
Sebanyak 11 produk ekopelancongan daripada keseluruhan 28 produk di Negeri Sembilan terpilih untuk dipromosikan sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Ia melibatkan empat Taman Eko Rimba,satu Hutan Taman Negeri,dua eco-park dan empat jalur pendakian.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur