2025-09-18 HaiPress

Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik UiTM,Dr Noor Nirwandy Mat Noordin.
KUALA LUMPUR,18 September - Penglibatan di Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha,Qatar membuktikan Malaysia komited membawa pendekatan diplomasi multilateralisme yang lebih tegas dalam usaha mendesak tindakan global terhadap kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.
Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berpendapat,dunia sebaliknya perlu bersatu membawa tekanan diplomatik dan ekonomi ke atas Israel yang dilihat terus kebal daripada sebarang tindakan undang-undang antarabangsa meskipun berulang kali melanggar hak asasi manusia.
"Malaysia membawa pendekatan diplomasi keras,multilateralisme,suara awam global serta solidariti masyarakat dunia untuk menuntut perubahan terhadap sistem yang selama ini gagal terutamanya melalui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media di sini,hari ini.
Menurut Noor Nirwandy,sudah tiba masanya dunia melaksanakan intervensi kemanusiaan secara kolektif bukan sahaja daripada kuasa besar tetapi juga negara-negara pertengahan dan rakyat seluruh dunia bagi mengekang kekejaman Israel yang berpanjangan.
"Kekebalan Israel mesti dihentikan,dunia harus bersuara dan bertindak. Kita tidak boleh lagi membiarkan kegagalan sistem antarabangsa menutup mata terhadap penderitaan rakyat Palestin," tegasnya.
Tambah beliau,misi kemanusiaan seperti Global Sumud Flotilla ke Gaza perlu disokong secara berterusan sebagai simbol komitmen dan solidariti masyarakat antarabangsa terhadap rakyat Palestin yang ditindas.
Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sidang kemuncak tersebut menggesa dunia mesti menamatkan hubungan diplomatik dan menghentikan hubungan dagangan dengan Israel sebagai tekanan supaya Gaza tidak lagi diserang.
Datuk Seri Anwar turut menegaskan kecaman dan deklarasi sahaja tidak akan menghentikan serangan Israel di Gaza mahupun membebaskan Palestin.
Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas bandar Doha kerana mengebom ibu negara sebuah negara berdaulat adalah perbuatan di luar undang-undang,kejam dan dilarang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur