2025-09-18 HaiPress

Mohd Hazli Ahmad @ Adnan ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
KUALA LUMPUR,18 September - Selepas kejayaan edisi terdahulu,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan program pembersihan mega,Hari Cuci Malaysia 2025 serentak di seluruh negara dalam usaha melakar lagi sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) buat kali kedua.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik) KPKT,Mohd Hazli Ahmad @ Adnan berkata,dalam penganjuran kali ini,kementerian menyasarkan rekod penyertaan paling ramai 100,000 peserta dan kutipan minyak masak terpakai sebanyak 3,000 kilogram.
"Hari Cuci Malaysia telah diadakan pada tahun lepas di Pasar Seni yang mana telah mencapai tiga rekod MBOR dengan penyertaan teramai 58,000 peserta terlibat di seluruh Malaysia.
"Kedua,kira-kira 4,650 kilogram sampah berjaya dikutip,manakala kita mencapai rekod tempoh masa program pembersihan paling lama dari 8 pagi hingga 8 malam.
"Untuk tahun ni pihak KPKT ingin menjemput rakyat Malaysia menyertai program ini supaya kita boleh menjana atau memberikan kesedaran tentang pembersihan alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media di sini,hari ini.
Mohd Hazli berkata,orang ramai berpeluang menyertai program berkenaan dengan melakukan pendaftaran secara dalam talian melalui imbasan kod QR yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.
Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan peserta yang mendaftar akan menerima sijil penyertaan secara digital selepas program berlangsung.
Pada edisi kali ini,program Hari Cuci Malaysia akan diadakan di Pantai Cahaya Negeri,Port Dickson,Negeri Sembilan pada 27 September ini bermula 8 pagi hingga 6 petang sempena 'World Cleanup Day 2025'.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur