2025-09-18 HaiPress

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berucap pada persidangan di Sepang.
SEPANG,18 September - Belanjawan 2026 dijangka memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,khususnya penjawat awam.
Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,berkata pengumuman yang bakal dibuat mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap keprihatinan rakyat.
"Belanjawan mesti ada berita baik,terutama untuk penjawat awam dan rakyat Malaysia. Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dan baik kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans,Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali keempat,di sini hari ini.
Belanjawan 2026 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober,dengan memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama Ekonomi MADANI: menaikkan siling pertumbuhan negara,meningkatkan lantai taraf hidup rakyat,dan memacu pembaharuan,khususnya dalam aspek tadbir urus yang baik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur