2025-09-18 HaiPress

Projek agromakanan koperasi menjanjikan ribuan peluang pekerjaan kepada belia dan komuniti setempat.
PETALING JAYA,17 September - Penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan berpotensi mengurangkan kebergantungan negara kepada import jika berjaya menguasai keseluruhan rantaian.
Manfaatnya termasuk termasuk menurunkan kos,menawarkan harga berpatutan dan membuka peluang eksport terutama dalam pasaran halal serantau.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata,sektor Agromakanan Berimpak Tinggi menjadi medan strategik koperasi selepas tahun 2026.
Ini selaras dasar Agromakanan Negara 2021 hingga 2030.
"Koperasi perlu digalakkan masuk ke sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh baharu,agroteknologi,ekonomi hijau dan halal global.
"Sokongan insentif fiskal serta infrastruktur adalah penting bagi menjadikan koperasi benar-benar mampu bersaing," katanya pada Program Wacana ANGKASA bersama MINDA UKM,di sini.
Pemilihan agro makanan dibuat kerana ia menjadi keutamaan nasional,memandangkan Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan asas seperti beras,daging,susu dan sayur-sayuran.
Krisis global,perubahan iklim dan turun naik mata wang dunia pula menjadikan harga makanan tidak menentu.
Projek agromakanan koperasi juga menjanjikan ribuan peluang pekerjaan kepada belia dan komuniti setempat,di samping meningkatkan pendapatan ahli serta mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Setakat tahun 2023,lebih 3,600 koperasi terbabit dalam aktiviti pertanian dengan perolehan RM1.66 bilion.
Antara penyumbang terbesar ialah Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad,Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur