2025-09-18 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,17 September- Malaysia dijangka memulakan rundingan pertama Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Disember ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata,ia mencerminkan kesediaan kerajaan meneroka potensi kerjasama ekonomi yang lebih luas dengan rantau berkenaan.
“Ketua perunding bagi kedua-dua pihak,Malaysia dan GCC,telah bertemu secara fizikal beberapa bulan lalu dan rundingan penuh pertama akan diadakan pada Disember ini di salah sebuah negara GCC,berkemungkinan di Arab Saudi.
Kita berharap proses tersebut dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.
Beliau turut memaklumkan,rundingan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia–Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) dijangka berkuat kuasa bulan hadapan,selepas kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik masing-masing.
“Ketika ini,kita sedang melengkapkan semua prosedur perundangan dan insya-Allah,mungkin bulan depan perjanjian tersebut dapat dikuatkuasakan,” jelasnya.
Datuk Hairil berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 dan Simposium Perniagaan Dewan Perniagaan Arab-Malaysia di sini.
Terdahulu,Malaysia dan GCC secara rasmi melancarkan rundingan FTA pada acara selingan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC,Mei lalu.
Ia menandakan detik penting dalam memperkukuh kerjasama ekonomi serta hubungan perdagangan dua hala.
GCC dianggotai enam negara iaitu Bahrain,Kuwait,Oman,Qatar,Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur