2025-09-18 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,18 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM33.29 bilion dalam sistem konvensional dan RM11.03 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo terbalik yang terdiri daripada tender RM3.6 bilion bagi tempoh tujuh hari dan tender RM1.9 bilion selama 33 hari.
BNM juga akan menawarkan dua tender repo berbalik Islam masing-masing bernilai RM400 juta bagi tempoh 33 hari dan 91 hari serta tender repo berbalik Islam semalaman bernilai RM1.0 bilion.
Sementara itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM38.8 bilion dan RM12.9 bilion tender semalama Murabahah. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur