2025-09-19 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 September - Malaysia sedang memperhebat usaha mentransformasikan bandarnya menjadi ruang yang pintar,mampan dan berpusatkan rakyat menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming,teknologi AI sedang merevolusikan cara bandar dirancang,dibina dan diurus,dan Malaysia komited untuk memanfaatkan teknologi itu sebagai sebahagian daripada matlamat menjadi Negara AI menjelang 2030.
“Sebagai sebahagian daripada visi ini,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkerjasama dengan Kementerian Digital untuk mempercepatkan penerapan AI dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui inisiatif Bandar AI,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Pemimpin Bandar bersempena Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025.
Beliau berkata inisiatif tersebut akan membolehkan pengurusan trafik,pengangkutan awam,peruntukan sumber dan keselamatan awam dipacu oleh sistem pintar yang bersifat ramalan,manakala PBT akan dilengkapi dengan alatan digital serta latihan bagi membolehkan mereka bertindak sebagai agen perubahan.
Pada masa sama,beliau berkata agenda bandar pintar Malaysia juga akan menekankan mengenai perumahan pintar yang mampu milik,mudah diakses dan mampan.
Beliau berkata projek di bawah Program Residensi Rakyat (PRR),Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan PR1MA kini dipertingkatkan dengan reka bentuk mesra alam,penggunaan sensor Internet Pelbagai Benda (IoT) serta platform digital bagi memudahkan penduduk mengakses perkhidmatan dan melibatkan diri dalam proses tadbir urus dengan lebih mudah.
Majlis makan malam tersebut turut dihadiri Menteri Digital Gobind Singh Deo,Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan Ketua Pegawai AI dan dan Data VCI- Global Dr Chan Wai Mun.
Tambahnya,Malaysia bersetuju melaksanakan projek perintis pusat kawalan bandar pintar di Perak dan Pulau Pinang,berfokus kepada infrastruktur pintar,keterhubungan digital,teknologi hijau dan reka bentuk perumahan inovatif berasaskan model 'City Brain' di Hangzhou.
Beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah edisi Asia Tenggara bagi Kongres Ekspo Bandar Pintar Dunia (SCEWC),sekali gus menyertai rangkaian global yang merangkumi Amerika Syarikat,Mexico,Brazil,Chile,Arab Saudi dan China.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur