2025-09-19 HaiPress

Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz,bercakap kepada media mengenai persiapan bantuan banjir.
ALOR SETAR,19 September - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menggerakkan sukarelawan serta logistik bagi membantu penduduk terjejas banjir di beberapa negeri termasuk Sabah.
Pengerusi Kebangsaan BSMM,Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,bertitah pihaknya memantau rapat keperluan mangsa dan memastikan bantuan diagihkan segera.
“Kita ada barangan yang telah disimpan untuk edaran,dan sukarelawan sudah turun padang. Situasi terkawal dengan kerjasama BSMM,Jabatan Kebajikan Masyarakat,NGO setempat termasuk Yayasan Sultanah Bahiyyah,” titah baginda.
BSMM juga berada dalam keadaan siapsiaga dari segi bajet,sukarelawan dan keperluan asas bagi menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka melanda beberapa negeri pada Oktober ini. Pasukan dari negeri-negeri lain turut bersedia digerakkan ke lokasi terjejas.
Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyyah bertitah demikian selepas merasmikan Majlis Operasi Bas Pemeriksaan Kesihatan YSB-National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) di Shahab Perdana,Alor Setar.
Bas pemeriksaan kesihatan itu merupakan yang kedua hasil kerjasama YSB dan NKF dengan kos RM849,000. Ia dibiayai melalui gabungan dana Lions International Grant,YSB,Lions Club of Alor Setar (Host),Lions Club of Langkawi dan NKF.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur